|
Laman web easykadkahwin.com, pelanggan
easykadkahwin.com, agen affiliate
easykadkahwin.com, easykadkahwin lite,
easykadkahwin extreme dan produk dari
easykadkahwin.com adalah tertakluk dibawah
syarat dan terma yang telah ditetapkan seperti
dibawah :
Hak Cipta
Terpelihara
Tidak dibenarkan mana - mana bahagian dalam
halaman web ini atau produk yang dibekalkan
disalin, ditiru, diedar dan dicetak dalam apa
jua bentuk sekalipun tanpa mendapat persetujuan
dan keizinan daripada pihak webmaster
easykadkahwin.com.
Sesetengah nama, informasi, logo, imej,
rekacipta, tajuk, isikandungan pada halaman web
dan produk easykadkahwin.com adalah dilindungi
oleh Akta Hak Cipta 1987. Sebarang penggunaan
tanpa mendapat keizinan daripada pihak kami,
tindakan undang - undang akan diambil.
Penafian
Segala penerangan yang dibekalkan di dalam
produk sama ada secara langsung atau tidak
langsung tidak menjamin bahawa setiap pengguna
akan berjaya mengikut langkah - langkah yang
diberikan walaupun pihak penerbit telah
memastikan segala usaha yang diberikan adalah
yang terbaik.
Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab
untuk sebarang kerosakan atau kecederaan yang
anda perolehi semasa menggunakan perkhidmatan
dan produk kami. Perkara ini termasuklah sama
ada : penggunaan mana - mana laman web
easykadkahwin.com, serangan virus, kerosakan
komputer, kecederaan pada diri, serangan
penggodam, kegagalan sistem berfungsi mengikut
kehendak anda dan sebagainya.
Pihak kami tidak menjanjikan sebarang pendapatan
yang akan diterima oleh pengguna. Semuanya
adalah bergantung kepada usaha dan kerja keras
pihak pengguna itu sendiri.
Butiran Sulit,
Keahlian, Pautan
Sebarang butiran sulit yang khas diberikan
kepada pengguna yang mendaftar bersama mana -
mana produk keluaran easykadkahwin.com adalah
hak milik peribadi pengguna sendiri. Pengguna
dilarang sama sekali untuk menyebarkan butiran
sulit ini kepada pihak lain tanpa sebarang notis
dan mendapat keizinan daripada pihak kami.
Maklumat keahlian seperti UserID, Password, Kod
Diskaun adalah hak milik pengguna sahaja. Ia
tidak boleh dikongsikan kepada pihak ketiga sama
ada secara langsung ataupun tidak langsung.
Sebarang pautan sama ada pautan (link) muat
turut (download), pautan halaman rahsia, pautan
halaman keahlian adalah dilarang disebarkan
dalam apa jua bentuk sekalipun sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung.
Kegagalan pengguna mematuhi privasi ini akan
menyebabkan pengguna akan dikenakan pembatalan
terhadap akaun miliknya.
Etika Dan Tatacara
Pihak kami sama sekali tidak membenarkan mana -
mana bahan informasi produk, perkhidmatan dan
kandungan web dipautkan atau dimasukkan ke dalam
halaman web seperti : laman web lucah, laman web
jenayah, laman web yang menyediakan bahan cetak
rompak, laman web penggodam, laman web spam dan
laman web isu politik.
Segala aktiviti promosi haruslah menggunakan
informasi dan penerangan yang benar dan tepat
tanpa sebarang unsur - unsur penipuan.
Polisi Anti-SPAM
Kami mengamalkan polisi anti SPAM. SPAM yang
kami maksudkan adalah aktiviti melakukan promosi
seperti menghantar email kepada pengguna tanpa
kebenaran, melakukan pengiklanan di web pihak
lain seperti forum tanpa etika dan menghormati
pihak laman web, melakukan perkara - perkara
yang mengganggu privasi pihak lain yang mana hal
ini boleh menjatuhkan reputasi pihak kami. Jika
didapati pengguna melakukan perkara ini,
tindakan tegas dan undang - undang akan diambil.
Pembatalan Akaun /
Keahlian
Pihak kami berhak membatalkan mana - mana akses
dan penggunaan produk jika terdapat pengguna
yang menyalahgunakan mana - mana perkhidmatan,
kandungan informasi dan produk yang dibekalkan.
Pihak kami juga akan mengambil tindakan menyekat
mana - mana pengguna yang jika didapati bersalah
menyalahgunakan perkhidmatan, kandungan
informasi dan produk yang dibekalkan sekiranya
mendapat aduan daripada pihak lain.
Pihak kami juga berhak untuk meminda dan
mengubah mana - mana isikandungan halaman web,
produk dan informasi yang dibekalkan tanpa
sebarang notis awal.
Jaminan Pulangan
Wang
Tiada polisi jaminan pulangan wang untuk laman
web easykadkahwin.com. Sebarang transaksi yang
dilakukan adalah muktamad dan tidak akan
dipulangkan semula. Pihak kami akan melakukan
urusan jual beli seperti yang terkandung didalam
laman web.
Pelanggan akan menerima produk yang dipesan
seperti yang terkandung didalam laman web.
Anda berhak untuk tidak membeli sebarang produk
dari easykadkahwin.com jika anda tidak bersetuju
dengan polisi TIADA JAMINAN pulangan ini.
Data
Pengguna disarankan untuk membuat salinan
(backup) untuk kegunaan sendiri.
Sebarang kehilangan data disebabkan kecuaian
pengguna adalah diluar kawalan kami dan kami
tidak akan melayan sebarang alasan untuk
mendapatkan data semula.
Polisi Privasi
Pihak kami hanya mengambil data daripada
pengguna yang telah menjadi pembeli atau
pengguna yang memohon untuk mendapatkan tips -
tips atau bahan - bahan keluaran kami menerusi
sistem "mailing list" dan juga "autoresponder".
Segala pembelian yang dilakukan adalah merupakan
transaksi yang diyakini terjamin keselamatannya
sama ada menggunakan perbankan ataupun kad
kredit. Pembelian menerusi kad kredit adalah
dijalankan menerusi "secure connection".
Semua data yang kami terima adalah dipertahankan
daripada diceroboh daripada pihak asing. Kami
tidak akan sama sekali memberi, menjual atau
mengedarkan data pengguna kepada pihak ketiga.
Kiriman Email
Kiriman email yang dihantar oleh pihak kami
kepada pengguna adalah dipohon oleh pengguna
sendiri menerusi sistem mailing list dan
autoresponder.
Pengguna boleh keluar daripada sistem mailing
list dan autoresponder pada bila - bila masa
sahaja menerusi link "unsubcribe" yang sentiasa
disertakan pada setiap email yang terkirim.
Hubungi Kami
Pihak kami boleh dihubungi menerusi email
support@easykadkahwin.com
Dengan itu, sebagai pengguna produk atau agen
affiliate easykadkahwin.com, anda tertakluk
kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan
diatas.
Kegagalan untuk menepati salah satu syarat
diatas boleh menyebabkan anda kehilangan hak
sebagai pengguna ataupun agen kami. |